Sejarah Bangsa Yahudi Yang Merosakkan Dunia

Add caption
KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 16 MUHARRAM 1442 / 4 SEPTEMBER 2020

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ. فَأَدَّى الْأَمَنَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ الْأُمَّةَ وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Seterusnya marilah kita mendengar dan memahami peringatan dan pesanan daripada Allah s.w.t:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٦١﴾ [سورة البقرة : ٦١]

(Maksudnya): Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Kumpulan yang diberi peringatan oleh Allah s.w.t supaya kita jangan terpengaruh dengan mereka sehingga kita diminta berdoa pada tiap-tiap rakaat sembahyang, ghoiril maghdubi 'alaihim [janganlah kami termasuk seperti mereka yang dimurkai oleh Allah itu] yakni orang-orang Yahudi supaya jangan terpengaruh dengan tipu daya mereka dan terikut-ikut dengan mereka. Walaupun mereka adalah keturunan Nabi Ya'akub serta nabi-nabi serta rasul-rasul 'alaihimus solatuwas salam. Mereka sangat berbangga dengan baka dan keturunan serta harta dan kekayaan. Cerdik dan bijak yang ada pada mereka, tetapi semua nikmat itu tidak ada guna kepada mereka apabila mereka menderhakai dan melawan Allah kerana sifat takabbur yang ada pada Iblis ada pada diri kaum Yahudi yang kufur itu. Mereka sangat berbangga dengan Nabi Ibrahim a.s yang menjadi bapa yang pertama kepada mereka dan bapa nabi-nabi 'alaihimus solatuwas salam. Allah s.w.t menegaskan:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٦٧﴾ [سورة آل عمران : ٦٧]

(Maksudnya): Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Ibrahim adalah nabi Islam yang membawa ajaran Islam. Islam adalah agama nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus solatuwas salam. Hari ini orang-orang Yahudi yang fanatik yang terkenal sebagai kumpulan Zionis atau As-Sohyuniyyah telah berjaya kembali ke Palestin menubuhkan negara Israel yang didakwa negara nenek moyang mereka. Mereka yang berhak di atas bumi Palestin itu, padahal Allah telah menetapkan bahawa Palestin adalah tanah suci yang mulia, bumi nabi-nabi 'alaihimus solatuwas salam yang dimakmurkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Allah memerintahkan Bani Israil masuk ke Palestin di atas nama jihad untuk menegakkan agama Allah dan beramal dengan kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah. Apabila mereka diajak oleh Nabi Musa dan Nabi Harun 'alaihimas salam berjihad masuk ke Palestin, mereka menolak dengan menghina kedua Nabi dan Rasul itu.

قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ ﴿٢٤﴾ [سورة المائدة : ٢٤]

(Maksudnya): Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
Mereka menghina dua Rasul yang menyelamatkan mereka daripada kekufuran dan kezaliman Firaun secara mukjizat. Allah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya di hadapan mata mereka. Mereka meyaksikan pertolongan Allah s.w.t. Apabila Allah menguji mereka supaya masuk ke Palestin dengan berjihad fi sabilillah menentang musuh-musuh Allah serta mengorbankan diri dan harta mereka bagi meninggikan agama Allah, mereka menjadi bangsa yang penakut dan bangsa yang paling derhaka terhadap Allah. Mereka berani membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus solatuwas salam. Terlalu banyak nabi-nabi dan rasul-rasul yang dibunuh oleh mereka. Begitu juga ulamak-ulamak yang menegakkan ajaran nabi dibunuh oleh mereka, dan raja-raja yang adil dibunuh oleh mereka. Mereka bersama dengan raja yang kufur dan zalim. Itulah sejarah bangsa Yahudi yang merosakkan dunia.

Hari ini Allah telah menguji umat Islam untuk menghukum orang Yahudi sampai dikuburkan di bumi Palestin. Sebelum mereka dikuburkan di situ, mereka dikembalikan oleh Allah dengan cara Allah menguji orang Islam ketika umat Islam dalam keadaan lemah, mereka telah berjaya kembali ke Palestin dan menegakkan negara haram yang dinamakan Israel dan mereka mendakwa akan menghidupkan semula negara Israel Agung yang akan menakluk dunia, Empayar Nabi Sulaiman a.s yang menjadi kebanggaan mereka untuk merobohkan Masjidil Aqsa dan digantikan dengan Haikal (kuil) penganut-penganut agama Yahudi.

Malangnya kekayaan dan kekuatan mereka yang ada pada hari ini mempengaruhi kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam. Ada yang bertindak akhir-akhir ini ke arah mentabi'iekan atau menormalisasikan, mengiktiraf Israel sebagai negara yang besar. Ada pula ulamak-ulamak yang bersekongkol dengan fatwa-fatwa yang mendokong tindakan yang haram ini.

Umat Islam mestilah sedar dan insaf betapa mereka berjanji dengan Allah s.w.t pada tiap-tiap rakaat sembahyang dengan doa supaya dilindungi daripada kaum yang menderhakai Allah.

Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam menentang segala usaha untuk mengiktiraf negara haram Israel dan mengiktiraf kekufuran dan kezaliman orang-orang Yahudi yang melampau di atas muka bumi Allah s.w.t. Percayalah bahawa janji Allah akan berlaku di akhir zaman apabila orang-orang Yahudi itu akan dikuburkan. Mereka yang mengecewakan umat Islam dengan mengiktiraf negara Israel itu akan kecewa pada akhirnya. Jangan sekali-kali kita terikut-ikut dan terpengaruh dengan mereka yang akan kecewa dan rugi di dunia dan rugi di akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!
Previous Post Next Post