NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proton Perdana milik TunM ditemui tersadai di sebuah garaj terbiar di UK (VIDEO)

a car on display: Paparan skrin video Proton Perdana yang ditemui sekumpulan peneroka melalui YouTube Lost Adventures bersama kereta mewah lain di sebuah bangunan kosong di UK.

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Misteri tentang sebuah Proton Perdana yang tersadai di dalam sebuah garaj di United Kingdom (UK) terjawab apabila ia disahkan milik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini tular video di YouTube, apabila sekumpulan peneroka menemui beberapa kereta mewah, klasik dan kereta lumba Formula 1 dalam sebuah garaj kosong di Surrey.

Turut ditemui Lost Adventures dalam video Secret Underground Facility Hiding Cars Worth Millions (Formula 1 and Prototypes) adalah sebuah Proton Perdana generasi kedua yang masih baru dan bernombor pendaftaran Malaysia.

Sebuah laman Facebook penyokong Dr Mahathir semalam menjelaskan kereta bernombor VK 5231 didaftarkan atas nama pengasas parti Pejuang dan bangunan terbiar itu adalah Bristol Cars milik Kamal Siddiq, seorang usahawan warga Britain berdarah Pakistan.

Menurut laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Mahathir membawa Proton Perdana ke UK pada 2016 untuk dijadikan bahan kajian (R&D) bagi mengubahnya menjadi kereta hybrid.

Katanya jika berjaya, Proton akan berupaya menghasilkan kereta berteknologi hybrid sendiri dan bersaing dengan model antarabangsa.

“Sekarang tidak pasti sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau tidak dan kereta ini sepatutnya telah dibawa pulang,” catat laman itu.

Turut dikepilkan bukti surat Dr Mahathir kepada kastam untuk mengeksport kenderaan itu bagi tujuan penyelidikan.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo