NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan PM Agar KeIab Malam Ditutup Selama-Lamanya Wajar Disokong Rakyat

Perdana Menteri berkata selain itu, hala tuju ini turut merangkumi perhatian ke arah memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca C0VlD-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Kerajaan PN juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya berucap sebelum menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di sini hari ini.

Konvensyen anjuran Pertubuhan Intelektual Negara itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata kerajaan juga akan memberi fokus kepada jaminan makanan, usaha membanteras rasuah menerusi pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional dan reformasi dalam sektor kesihatan.

Selain itu, katanya, asas penting lain yang dikenal pasti akan diberi keutamaan termasuk bidang pendidikan, aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat berbilang agama.

“Saya terima jawatan Perdana Menteri dengan menggalas amanah rakyat di bahu saya. Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri-Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Sebab itu, kerajaan Perikatan Nasional sebaik saja dibentuk terus berfungsi sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat. Kami tiada masa untuk berbulan madu sebagai kerajaan baharu,” katanya.

Bagaimanapun, perdana menteri menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi PN selama enam bulan mentadbir negara.

“Ya, saya telah melakukan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab saya kepada rakyat. Tetapi bukanlah hak saya untuk mengatakan sama ada saya telah melakukan yang terbaik. Rakyatlah yang paling berhak untuk menilai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai pandemik C0VlD-19, beliau berkata ekonomi negara semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas hampir semua sektor ekonomi dibuka.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pvb, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berseloroh diikuti dengan gelak tawa hadirin.

— BERNAMA

Hadi awang orang pertama sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ahli parlimen pertama yang menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara itu didedahkan Muhyiddin dalam ucapannya pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Beliau berkata tindakan Abdul Hadi itu disusuli rakan daripada parti dalam gabungan PN yang lain semasa majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Februari lalu.

“Mereka telah dijemput oleh Al-Sultan Abdullah ke istana (Istana Negara) untuk tandatangan SD dan saya nak bagi tahu SD pertama yang dibuat adalah daripada Haji (Abdul) Hadi sendiri.

“Orang lain belum buat (SD) dia dah buat dulu. Letak nama saya dalam kertas SD pertama,” katanya.

Al-Sultan Abdullah pada Februari lalu memanggil menghadap kesemua ahli parlimen bagi mengenal pasti seorang ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

“Saya sendiri pun tidak menjangka akan menjadi perdana menteri. Tidak ada kompIot, tidak ada satu skema (rancangan) politik luar biasa untuk mengambil alih atau menjatuhkan seseorang tetapi kerana berlakunya krisis politik yang agak rumit pada ketika itu yang kita semua tahu,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata walaupun kerajaan PN tidak mempunyai manifesto khusus, tidak bermakna rakyat tidak boleh menilai pencapaian PN.

“Ini tidak bermakna bahawa saya boleh melakukan sewenang-wenangnya. Tiada manifesto bukan bermakna tiada kebertanggungjawaban atau akauntabiliti kepada rakyat. Akauntabiliti sebagai pemimpin tetap ada,” katanya.

— BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo