NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : STAR Hasrat Tandingi 15 Kerusi Dun


TAMBUNAN, 6 Sept  -- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bakal bertanding sekurang-kurangnya di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini

Selain itu, Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata tiga lagi kerusi masih dibincangkan bersama parti rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan dijangka selesai sebelum pengumuman calon, sama ada pada Selasa atau Rabu depan.

"STAR meminta 18 kerusi dan kita sudah dapat 15. Tiga lagi kerusi masih dibincangkan kerana ada pertindihan (dengan parti rakan dalam PN)," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah ditetapkan pada 12 Sept, manakala pengundian awal 22 Sept.

Jeffrey yang enggan mendedahkan senarai kerusi yang akan ditandingi serta calon diketengahkan STAR pada PRN kali ini, berkata senarai tersebut dijangka diumumkan serentak bersama parti rakan dalam PN pada Selasa atau Rabu ini.

Dalam pada itu, Jeffrey yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Tambunan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Sebelum ini, Jeffrey mengumumkan STAR akan bertanding di DUN Paginatan dalam kawasan Parlimen Ranau dengan meletakkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Abidin Madingkir yang menyertai parti tersebut pada Ogos selepas meninggalkan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada akhir Julai.

Pada PRU14, selain Tambunan, STAR turut menang di kerusi DUN Bingkor, dan kedua-duanya terletak dalam Parlimen Keningau.

Satu lagi kerusi milik STAR ialah DUN Sook selepas penyandangnya Datuk Ellron Angin menyertai parti itu setelah keluar daripada  Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada 2018.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo