PRN Sabah : Musa Aman Sah Tak Bertanding



KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman difahamkan tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu juga tidak kelihatan semasa proses penamaan calon bagi DUN tersebut di Dewan Serbaguna Libaran hari ini.

Dengan perkembangan ini, Musa dipercayai sah tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini selepas namanya sebelum ini diumumkan tiada dalam senarai calon UMNO/ Barisan Nasional.

Setakat ini, Pegawai Pengurus, Irman Tajuddin Edy mengumumkan proses penamaan calon bagi PRN Sabah ditutup. - SH
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post