NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : 3 penjuru di DUN Usukan


KOTA BELUD: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya DUN Usukan, Peter Jiton pada jam 10.50 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Tun Said di sini.

Tiga calon itu ialah Datuk Seri Salleh Mohd Said (BN); Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas (PCS) dan Abdul Bakhrin Mohd Yusof (WARISAN).

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi ini.

Salleh mengemukakan borang pencalonan pada jam 9 pagi manakala Mohd Nazaruddin dan Abdul Bakrin masing-masing jam 9.05 dan 9.10 pagi.

"Selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuashati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka," katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan pengundian awal pada 22 September ini. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo