NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : DAP Menang 6 Daripada 7 Kerusi


Meskipun tidak bertanding atas logo tradisonal parti itu, DAP berjaya memenangi hampir semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Parti itu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas; Luyang; Kapayan; Elopura; Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

Mereka hanya tewas di DUN Bingkor kepada calon Bersatu.

Calon DAP di Luyang, Phoong Jin Zhe memperolehi 15,138 undi, mengalahkan calon dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong.

DAP juga cemerlang di Sri Tanjong apabila calonnya, Justin Wong Yung Bin menang dalam pertandingan lapan penjuru dengan mendapat majoriti 8,880 undi.

Di Kapayan, calonnya, Jannie Lasimbang juga dilaporkan menang selesa. Enam calon lain dari BN, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) dan calon Bebas jauh ketinggalan dengan undian tidak melebihi 2,000.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo