NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : Apek Cina Jadi Saksi Jentera Pilihanraya PAS Sabah Berkerja


Selamat pagi ! 

Sebelum isu PRN Sabah menjadi sejuk, dan isu “Siapa Ketua Menteri” menjadi panas, Saya nak kongsikan satu pengalaman.

PAS tidak bertanding dalam PRN ini.

Tetapi tempat yang saya pergi berceramah, untuk calon BN, adalah dianjurkan oleh PAS, atau bersama UMNO.

Saya pergi Kg di Bukit Nanas dan Kg belakang Masjid Leila (Sandakan), dua ceramah ni anjuran PAS untuk BN.

Ketua Muslimat PAS Sabah, Puan Norsah Bongsu, yang merupakan calon PAS pada PRU 14, tetap hadir dalam semua ceramah, dan menjelaskan kepada pengundi-pengundi, bahawa PAS tidak tanding kali ini, jangan cari logo PAS .

Kata puan, cari “ Timbangan “ , dan undi Timbangan untuk wakilkan PAS.

Saya terharu, Sebab sepanjang ceramah beliau, kebanyakkan adalah mengenai prinsipal, Agama, dan Harapan kepada “ Timbangan “ untuk membela nasib rakyat.

Satu lagi ceramah di Bukit Indah ( Sandakan) anjuran PAS dan UMNO, sebelum ceramah saya, pentas dipanaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Sahar Abdul Majid dan Pemuda UMNO Kapten Dr. Zul. 

Saya tulis post ini sebagai saksi, jentera PAS berusaha membantu BN di PRN Sabah berdasarkan prinsip Muafakat Nasional. 

Terima kasih

FB Ulasan Apek Cina




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo