NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah 2020: Parti Mana Paling Ok Dan Parti Mana Paling Tak Ok





PARTI YANG PALING OK: PAS

Dalam PRU 14, PAS bertanding 18 DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PAS tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding. Begitupun, para pemimpin dan penyokong PAS tidak melatah, sebaliknya terus turun membantu parti-parti rakan mereka dari BN dan PN.

PARTI YANG KEDUA PALING OK: BERSATU

Dalam PRU 14, BERSATU tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, BERSATU pada mulanya mengumumkan akan meletakkan calon di 45 kerusi. Begitupun, pada akhirnya BERSATU hanya meletakkan calon di 19 kerusi di atas nama PN.

PARTI YANG KETIGA PALING OK: UMNO

Dalam PRU 14, UMNO menang di 17 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, UMNO pada mulanya mengumumkan akan meletakkan calon di 31 kerusi. Begitupun, pada akhirnya UMNO meletakkan calon di 32 kerusi di atas nama BN dengan turut meletakkan Jamawi Jaafar sebagai calon di N42 Melalap menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PBS, Datuk Seri Radin Malleh. Ini bagaimanapun dikira masih agak ok kerana UMNO asalnya memang bertanding di 32 kerusi DUN di Sabah dalam PRU 14.

PARTI YANG PALING TAK OK: PBS

Dalam PRU 14, PBS menang 6 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PBS pada asalnya telah diberi ruang untuk bertanding tanpa sebarang gangguan di 7 kerusi, iaitu di N14 Tamparuli, N15 Kiulu, N18 Inanam, N20 Api-Api, N27 Limbahau, N36 Kundasang dan N42 Melalap. Tidak berpuas hati dengannya, PBS mengumumkan akan meletakkan calon di 15 kerusi. Begitupun, pada akhirnya PBS meletakkan calon di 22 kerusi dengan turut meletakkan:
(1) Dr. Samuil Mopun sebagai calon di N2 Bengkoka menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-UMNO, Harun Bin Durabi.
(2) Julita Mojungki sebagai calon di N5 Matunggong menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Richard Kastum.
(3) Hendrus Anding sebagai calon di N7 Tandek menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Yillson Yanggun.
(4) Demis Bin Rumanti sebagai calon di N11 Kadamaian menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Duanis Mogirong @ Djuanis.
(5) Ir. Edward Yong Oui Fah sebagai calon di N22 Tanjung Aru menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-UMNO, Mohd Reduan Aklee.
(6) Dr. Edwin @ Jack Bosi sebagai calon di N25 Kapayan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-MCA, Lu Yen Tung.
(7) John Chryso Bin Masabal sebagai calon di N26 Moyog menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Joe Suleiman.
(8) Ruslan Muharam sebagai calon di N34 Lumadan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-UMNO, Kamarlin Bin Ombi.
(9) Arthur Sen Siong Choo @ Sin Siong Choi sebagai calon di N38 Paginatan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-UMNO, Jemadi @ Junaidi Bin Sahat, dan dengan calon PN-STAR, Abidin Bin Madingkir.
(10) Silverius Bruno sebagai calon di N39 Tambunan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
(11) Peter Jino Allion sebagai calon di N40 Bingkor menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Robert Tawik.
(12) Daniel Kinsik sebagai calon di N41 Liawan menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon PN-STAR, Annuar Ayub @ Banand.
(13) Suman Yasambun sebagai calon di N44 Tulid menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-PBRS, Matusin Bowie, dan dengan calon PN-STAR, Flovia Ng.
(14) Jonnybone J Kurum sebagai calon di N47 Telupid menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-UMNO, Abdul Wahab Bin Abdul Ghani.
(15) Kong Nyuk Thou sebagai calon di N54 Karamunting menyebabkan wujudnya pertembungan dengan calon BN-MCA, Chew Kok Woh.

PARTI YANG KEDUA PALING TAK OK: STAR

Dalam PRU 14, STAR menang 2 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, STAR meletakkan calon di 8 kerusi di atas nama PN, dengan 3 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon BN, iaitu:
(1) Dengan calon BN-UMNO, Jemadi @ Junaidi Bin Sahat, di N38 Paginatan.
(2) Dengan calon BN-PBRS, Matusin Bowie, di N44 Tulid.
(3) Dengan calon BN-PBRS, Bonepes Been, di N45 Sook.

PARTI YANG KETIGA PALING TAK OK: PBRS

Dalam PRU 14, PBRS menang 1 kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, PBRS meletakkan calon di 5 kerusi di atas nama BN, dengan 2 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon PN, iaitu:
(1) Dengan calon PN-STAR, Flovia Ng, di N44 Tulid.
(2) Dengan calon PN-STAR, Ellron Bin Angin, di N45 Sook.

PARTI YANG KURANG OK: MCA

Dalam PRU 14, MCA gagal menang walau sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, MCA meletakkan calon di 4 kerusi di atas nama BN, dengan 2 daripadanya adalah melibatkan pertembungan dengan calon PBS, iaitu:
(1) Dengan Dr. Edwin @ Jack Bosi di N25 Kapayan.
(2) Dengan Kong Nyuk Thou di N54 Karamunting.

PARTI YANG BIASA-BIASA: SAPP

Dalam PRU 14, SAPP gagal menang walau sebarang kerusi DUN di Sabah. Dalam PRN Sabah 2020, SAPP meletakkan calon di 2 kerusi di atas nama PN.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3626170340760331


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo