Apa Rahsia Pengurusan Bajet Yang Betul?

Bajet merupakan salah satu perkara asas kepada kewangan peribadi. Ia terbukti berkesan untuk mencapaikeselamatan kewangan. Pengurusan bajet dapat menyemai sikap disiplin, cermat di dalam pengurusan kewangan dan memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk jangka masa panjang dan semasa kecemasan.

Terdapat beberapa perkarayang perlu anda ketahui sebelum memulakan bajet anda. Dengan pengetahuan asas mengenai pengurusan bajet ini, anda akan dapat menukar bajet anda mengikut situasi semasa. Jikaanda ingin mencapai matlamat kewangan anda, ikuti langkah-langkah berikut.

KIRA PENDAPATAN ANDA

calculator-pen-calculating-aia-malaysia

Mulakan dengan mengira jumlah pendapatan bulanan anda selepas ditolak cukai, sumbangan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). Untuk pekerja bergaji, pendapatan bulanan anda adalah jumlah keseluruhan. Jika anda mempunyai mata pencarian yang lain seperti kerja separuh masa atau berkerja secara bebas, pastikan anda menolak segala perbelanjaan seperti cukai dan perbelanjaan perniagaan sebelum mendapat jumlah keseluruhan.

MENGENALPASTI PEMBELANJAAN ANDA

asian-woman-running-treadmill-exercise-aia-malaysia

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti jumlah perbelanjaan anda. Selepas selesai mengira jumlah pendapatan, anda perlu mengambil kira jumlah perbelanjaan bulanan. Terdapat dua jenis perbelanjaan yang anda perlu tahu, perbelanjaan tetap seperti pembayaran pinjaman, bil utiliti, bil kad kredit dan sewa. Keperluan asas yang lain juga perlu diambil kira seperti makanan, minyak petrol, barangan runcit dan bil telefon. Perbelanjaan gaya hidup seperti langganan Netflix, keahlian gym dan lain-lain juga tidak boleh dilupakan. Jika anda tidak dapat membuat anggaran perbelanjaan harian anda, cuba kenal pasti perbelanjaan anda secara mingguan. Ia mungkin lebih sukar tetapi dengan mengetahui perbelanjaan harian anda, ia akan menjadikan proses pengurusan bajet menjadi lebih mudah.

TETAPKAN MATLAMAT

text-action-plan-notepad-notes-pen-aia-malaysia

Selepas itu, ketahui bagaimana anda ingin mencapai bajet anda. Tetapkan matlamat dan pelan untuk mencapainya. Jika anda mempunyai pinjaman pembelajaran atau pinjaman kereta yang ingin dibayar, asingkan sebahagian daripada bajet anda untuk membayarnya. Lagi cepat anda melangsaikan hutang tersebut, lagi kurang faedah yang perlu dibayar justeru memudahkan lagi proses untuk mencapai matlamat kewangan anda.

REKOD PERBELANJAAN ANDA

woman-laptop-work-aia-malaysia

Mencatat setiap perbelanjaan anda adalah amat penting kerana adakalanya kita boleh lalai di dalam perbelanjaan, sekaligusakan menaikkan hutang kita. Tidak kiralah apa yang kita gunakan untuk merekodkanperbelanjaan seperti aplikasi mudah alih, aplikasi atas talian atau dengan hanya kertas dan pen. Apa yang penting,kita mencatit perbelanjaan kita secara mingguan dan bulanan. Cuba gunakan pembayaran secara kad atau atas talian supaya lebih mudah untuk menjejaki perbelanjaan bulanan kita.

MENGKAJI DAN MENYEMAK SEMULA

woman-looking-work-happy-aia-malaysia

Pastikan anda menjadikannya tabiat untuk memeriksa bajet andasecara berkala.. Cuba lakukannya secara mingguan, bulanan atau suku tahunan untuk mengenal pasti setiap perubahan yang besar atau sesuatu pencapaian. Bukan sahaja ia dapat membantu anda mengenalpastidan meraikan setiap kejayaan anda, malah dapat memastikan anda kekal disiplin dengan kewangan anda. Sepanjang proses pengurusan bajet anda, pastikan anda membuat beberapa penyesuaianmengikut situasi semasa. Hasil pendapatan, perbelanjaan atau gaya hidup anda mungkin akan berubah, tetapi penting untuk memastikan bajet anda masih sesuai dengan anda dan masa depan anda.

Ia juga amat penting untuk anda bersedia menghadapi setiap perbelanjaan kecemasan yang akan mengganggu bajet anda. Kos yang tak dapat dielakkan seperti kereta rosak atau bil hospital dapat menjejaskan kerja keras anda, jadi penting untuk anda kekal bersedia. Jika mampu, cuba jadikan wang kecemasan sebagai salah satu keperluan bajet anda untuk menjaga kewangan anda daripada perkara yang tidak diingini. Anda juga perlu ingat bahawa kami juga dapat membantu anda. Syarikat Takaful seperti AIA PUBLIC Takaful dapat membantu anda menetapkan pelan simpanan yang akan melindungi serta mengembangkan wang anda. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kami seperti pelan A-EnrichGold-i yang menyediakan perlindungan Takaful dan keuntungan pelaburan berpotensi, yang membolehkan anda memaksimumkan pulangan ke atas wang anda.

Pengurusan bajet akan menjadi lebih mudah jika ia dapat menjadi sebahagian daripada hidup anda. Jadi tunggu apa lagi? Jom mula membuatbajet agar kita lebih bijak dalam menguruskan wang!

Rujukan:

https://www.comparehero.my/money-tips/articles/5-stages-of-financial-independence
https://www.nytimes.com/aponline/2020/04/14/business/ap-nerdwallet-millennial-money-increase-financial-resilience.html
https://ringgitplus.com/en/blog/budgeting-saving/the-4-step-personal-budgeting-guide-for-beginners.html
https://www.bbntimes.com/companies/budgeting-101
https://moneywise.com/a/budgeting-101
https://www.fool.com/investing/2018/04/21/budgeting-101-how-to-start-budgeting-for-the-first.aspx
https://www.nerdwallet.com/blog/finance/how-to-build-a-budget/

Sumber : https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/apa-rahsia-pengurusan-bajet-yang-betul.html

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post