NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Pinang dan Limbongan Contoh PRK Yang Sia-sia


Sewaktu PAS bekerjasama dengan S46 dahulu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri S46, iaitu Nordin Salleh di N2 Sungai Pinang dan Wan Najib Wan Mohamed di N23 Limbongan, telah bertindak keluar dari S46 pada 27 Mac 1991 dan 10 April 1991.

Bagi membendung lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri S46 mengambil tindakan keluar parti, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan, pada 25 April 1991, pindaan ke atas Perlembagaan Negeri Kelantan bagi menjadikan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar parti atau dipecat oleh parti terlucut dari jawatan beliau dengan pindaan ini dijadikan berkuatkuasa pada 18 November 1990.

Berasaskan pindaan ke atas Perlembagaan Negeri Kelantan ini, sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 Julai 1991 pun melucutkan keahlian Nordin Salleh dan Wan Najib Wan Mohamed dari dewan itu menyebabkan satu Pilihan Raya Kecil bagi merebut kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri N2 Sungai Pinang dan N23 Limbongan terpaksa diadakan pada 24 Ogos 1991.

Dalam Pilihan Raya Kecil pada 24 Ogos 1991 ini, Nordin Salleh dan Wan Najib Wan Mohamed, yang kembali menandingi dua kerusi itu di atas tiket BN, mengalami kekalahan di tangan dua calon S46, di mana Nordin Salleh kalah dengan majoriti 1,994 undi di tangan Mahmud Yaakub manakala Wan Najib Wan Mohamed pula kalah dengan majoriti 1,560 undi di tangan Samat Mamat.

Nordin Salleh dan Wan Najib Wan Mohamed bagaimanapun memperolehi kembali jawatan mereka sebagai Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri N2 Sungai Pinang dan N23 Limbongan setelah Mahkamah Agung mengekalkan, pada 3 April 1992, kedua-dua keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 November 1991 dan Mahkamah Rayuan pada 22 Januari 1992 bahawa pindaan perlembagaan dan perlucutan jawatan mereka adalah tidak sah.

Maka jadilah PRK N2 Sungai Pinang dan N23 Limbongan sebagai PRK yang sia-sia.

Apakah PRN Sabah juga akan ditimpa nasib sama? Kita tunggu dan lihat sahaja.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo