NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muncul ‘Penyakit Misteri’, AstraZeneca Hentikan Sementara Ujian Klinikal Vaksin COVID-19

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal AstraZeneca pada Selasa memaklumkan bahawa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan sebelum ini diberhentikan dahulu buat masa ini.

Pemberhentian tersebut dibuat susulan seorang sukarelawan ujian klinikal vaksin berkenaan mengalami ‘penyakit yang tidak dapat dijelaskan’.

Memetik laporan AFP, AstraZeneca, yang sedang membangunkan vaksin hasil kerjasama dengan Universiti Oxford merupakan pelopor dalam perlumbaan global dalam penghasilan vaksin pertama COVID-19.Seorang jurucakap AstraZeneca berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada prosedur yang dilakukan secara rawak dan terkawal oleh Oxford.

“Sebagai sebahagian daripada percubaan global yang dilakukan secara rawak dan terkawal terhadap vaksin koronavirus Oxford, proses tinjauan standard kami dimulakan dan kami secara sukarela menghentikan sementara ujian untuk membolehkan kajian semula data keselamatan oleh jawatankuasa bebas.

“Ia merupakan tindakan rutin yang perlu diadakan setiap kali wujudnya penyakit yang tidak dapat dijelaskan dalam ujian percubaan, untuk siasatan dilakukan bagi menjaga integriti ujian,” katanya.Katanya lagi, dalam ujian klinikal yang besar, kadangkala penyakit akan wujud tetapi ia perlu diteliti secara bebas sebelum ujian tersebut diteruskan.

“Kami sedang berusaha mempercepat penelitian setiap sat ukes bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kesan terhadap tempoh ujian,” ujarnya.Penangguhan sementara sewaktu ujian klinikal dijalankan bukannya sesuatu perkara luar biasa tetapi ini merupakan kali pertama ia berlaku bagi ujian klinikal vaksin COVID-19.

AstraZeneca merupakan antara sembilan syarikat yang melakukan ujian klinikal peringkat akhir Fasa 3 membabitkan peserta vaksin tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo