Ini Semua Gimik Anwar Untuk Alih Perhatian Pengundi Sabah - Tok Mat

Pemimpin Umno meragui pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa beliau dapat sokongan cukup untuk membentuk kerajaan, menepisnya sebagai “gimik”.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Anwar mungkin cuba mengulangi “permainan” 16 Sept 2008.

“Atau cuba mempengaruhi pengundi Sabah yang akan mengundi Sabtu ini,” katanya kepada FMT.

Pada 2008, Anwar mendakwa beliau dapat sokongan secukupnya daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan menggesa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Anwar kemudian menjelaskan langkah itu gagal apabila usul memanggil sidang khas Dewan Rakyat ditolak perdana menteri.

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim beritahu FMT beliau baru sahaja bercakap dengan ahli Parlimen Perikatan Nasional yang terkejut dengan dakwaan Anwar.

“Mereka kata mana ada,” katanya. “Mereka pun tak tahu dari mana Anwar dapat sokongan.”

Shahidan juga merasakan ia mungkin “gimik” untuk mempengaruhi pengundi Sabah. FMT

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post