Anwar cuba sabotaj ekonomi negara kata Wee Ka Siong


oleh:Wee Ka Siong

Pengumuman Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan hari ini dilihat seolah-olah mensabotaj negara, yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara. Ini dapat dibuktikan apabila sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI jatuh 10.5 mata!

Dato Sri Anwar Ibrahim kembali menggunakan taktik lamanya. Dulu, dia juga pernah mendakwa kononnya mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen dan akan “menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008”. Namun tiada apa yang berlaku. Ketika bercakap kepada pemberita tengahari tadi, beliau dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan Ahli Parlimen yang bersama dengannya.

Atas kapasiti Presiden MCA, saya menegaskan bahawa pendirian kami adalah jelas: bahawa MCA dan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di bawah kepimpinan beliau, Kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berhadapan pandemik COVID-19 sejak 6 bulan lalu. Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsungnya PRN Sabah. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi PM.


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post