KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.66 dan RM1.96 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 18 September.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak enam sen seliter kepada RM1.72.
![]() |
Katanya, penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya. - BH
No comments
Post a Comment