NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hajiji Dan Bung Mokhtar Dilihat Telah Memasuki Istana Negeri

KOTA KINABALU - Teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu terus menjadi tanda tanya selepas kedua-dua calon yang disebut-sebut baru memasuki Istana Negeri di sini sebentar tadi.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin terlebih dahulu memasuki pintu Istana Negeri pada jam 2.27 petang.

Tidak sampai dua minit kemudian, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pula menyusul tiba memasuki di pintu Istana Negeri pada jam 2.29 petang.

Salah seorang daripada mereka dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin susulan kemenangan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 semalam.

Dalam PRN semalam, Barisan Nasional memperoleh 14 kerusi DUN, Perikatan Nasional 17 kerusi DUN dan Parti Bersatu Sabah menang tujuh kerusi.

Jumlah tersebut membolehkan gabungan itu yang bakal menubuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah 38 kerusi.

GRS dikatakan berjaya menambah tiga lagi kerusi pagi ini selepas tiga calon Bebas menyokong kerajaan baharu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo