NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua Calon BN, PN Hilang Deposit

Dua calon masing-masing dari Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hilang deposit selepas tewas kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

Calon PN, Gee Tien Siong, hanya meraih 989 undi ketika tewas kepada calon WARISAN dari DAP, Phoong Jin Zhe, yang memungut 15,510 undi untuk menang dengan majoriti 14,521 undi, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang.

Sementara itu, calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying, hilang deposit selepas hanya memungut 656 undi.

Kerusi itu dimenangi calon WARISAN, Tan Lee Fatt, yang meraih 8,173 undi untuk menang dengan majoriti 7,517.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/735568/dua-calon-pn-bn-hilang-deposit

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo