NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Zahidi Dikantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Muktimedia Yang Baru

Datuk Zahidi Zainul Abidin
KANGAR, 8 Sept — Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 9 Mac lalu dalam barisan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahidi, 59, anak kelahiran Perlis yang menetap di Beseri, merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018/2021.

Beliau mendapat 14 pencalonan, layak bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO pada Mac 2009 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Perlis bagi penggal 2008/2011.

Beliau aktif dalam politik sejak 1996 telah menerima anugerah Darjah Setia Mahkota Perlis (DSMP) oleh kerajaan negeri pada Oktober 2003 dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk pada tahun yang sama.

Zahidi juga pernah menyandang jawatan dalam kerajaan negeri pada April 2003 sebagai Pengerusi JawatanKuasa Pelaburan, Dagangan, Sains, Teknologi, Kepenggunaan dan Asas Tani, sebelum digugurkan pada April 2006.

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada Sept 2015, selain menyandang beberapa jawatan penting dalam sektor swasta antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia (kini AgroBank).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Zahidi yang bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, menang di kerusi Parlimen Padang Besar, dengan majoriti 1,438 undi.

Beliau mendapat 15,032 undi manakala pencabarnya Izizam Ibrahim (PKR-Bersatu) memperoleh 13,594 undi, sementara AJK Kerja Pas Pusat Ustaz Mokhtar Senik mendapat 7,874 undi.

Berikut adalah biografi Zahidi Zainul Abidin:

Nama: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Asal: Beseri, Perlis

Pendidikan: Diploma Pentadbiran Awam, ITM (UiTM)

Politik
1991-1993 : Ketua Pendidikan Islam untuk Pemuda UMNO Malaysia 1993 : Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar
1998 : Ahli Majlis Latihan dan Pelajar UMNO Pemuda Malaysia 1998 : Ahli Majlis Pemuda UMNO Antarabangsa
1998: Biro Antarabangsa UMNO
1991-1998 : Biro Pendidikan Belia UMNO Malaysia
1994-1998 : Timbalan Ketua Pemuda UMNO Perlis
1994-2001 : Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
1998-2001 : Ketua Pemuda UMNO Perlis
2001-2004 : Exco Belia UMNO Malaysia
2008 : Ketua UMNO Bahagian Padang Besar


Karier:

2015-2018 : Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

1998-1999 : Pegawai Khas Menteri Besar Perlis

1999-2001 : Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis

2003-2006 : Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Dagangan, Sains, Teknologi, Kepenggunaan dan Industri Asas Tani Negeri Perlis


-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo