NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 101 kes terkini, empat kluster baharu, kebanyakan dari Sabah

Dr Noor Hisham berkata, daripada 73 kes baharu di Sabah, 51 membabitkan Kluster Bangau-Bangau, diikuti Kluster Jalan Bomba (tiga), Kluster Benteng LD (dua), Kluster Kuarters (dua), dan Kluster Jalan Utara (dua).


KUALA LUMPUR: Sebanyak 101 kes baharu dicatatkan hari ini dengan Sabah terus menjadi negeri paling banyak menyumbang kepada statistik berkenaan iaitu 73 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu, empat adalah kes import manakala 97 penularan tempatan, iaitu membabitkan 93 warganegara dan empat bukan warganegara.
Selain itu, beliau berkata, empat kluser baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba dan Kluster Jalan Utara di Sandakan; Kluster Benteng PK di Klang; dan Kluster Bakawali di Johor Bahru.
Dr Noor Hisham berkata, daripada 73 kes baharu di Sabah, 51 membabitkan Kluster Bangau-Bangau, diikuti Kluster Jalan Bomba (tiga), Kluster Benteng LD (dua), Kluster Kuarters (dua), dan Kluster Jalan Utara (dua).

Selangor pula mencatatkan 14 kes baharu, dengan sembilan daripadanya merupakan kes saringan pulang dari Sabah yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya, dan Perlis masing-masing turut mencatatkan satu kes saringan pulang dari Sabah.

“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 134 kes,” katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo