Bung Sahkan Musa Aman tiada dalam senarai calon BN


PETALING JAYA: Bung Moktar Radin yang mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menegaskan bekas ketua menteri, Musa Aman tiada dalam senarai calon.

Ketua Umno Sabah itu berkata, tiada perbincangan diadakan mengenai Musa yang dikatakan akan bertanding di Sungai Manila.

“Namanya tiada dalam senarai calon BN yang akan diumumkan esok,” katanya memetik laporan Astro Awani.

BN dijangka mengumumkan calon bagi PRN pada 10 pagi esok.

Musa, membayangkan beliau “akan kembali” ke Sungai Manila di Libaran, menimbulkan tanda tanya apakah tokoh Umno negeri itu akan berpindah kerusi.

“Saya akan kembali ke Sungai Manila,” tulis penyandang DUN Sungai Sibuga itu di Facebook.

Sungai Manila merupakan salah 1 daripada 13 kerusi baharu yang bakal dipertandingkan pada PRN nanti.

Ia terletak bawah Parlimen Libaran, yang dimenangi BN pada pilihan raya umum 2018, dengan majoriti 678 undi menewaskan calon Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post