Bung Mokhtar dan Rahman Dahlan Merupakan Contoh Terbaik - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR, 1 Sept 
— Kemelut yang melanda Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai.

Perkara itu diumumkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi platform media sosial Twitter, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik Ahmad Zahid, Abdul Rahman dan Bung Moktar kelihatan tersenyum sambil kedua mereka melakukan ‘salam’ fis bump.

“Meraikan perbezaan pendapat dan saling memaafkan, perlukan seseorang yang berjiwa besar dan sentiasa berlapang dada.

“DS (Datuk Seri) Bung Moktar dan DS Rahman Dahlan merupakan contoh terbaik,” kata Ahmad Zahid, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahman mengkritik pelantikan Bung Moktar bagi menerajui jentera pilihanraya negeri akan datang.

Jelas Abdul Rahman, pelantikan Bung Moktar adalah tidak sesuai memandangkan dirinya kini berdepan kes di mahkamah sekaligus menjatuhkan kredibiliti sebagai pemimpin.

Abdul Rahman juga menggesa agar pimpinan Umno Pusat tidak membuat keputusan buat Umno Sabah dan memberi kuasa ‘autonomi’ dalam menentukan hala tuju di peringkat negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pilihan raya diadakan selepas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletak jawatan dan memohon agar pilihan raya diadakan susulan kemelut politik melanda negeri itu.

#Sumber :  Malaymail
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post