NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah Perbandingan Hud-hud Dan Khairuddin Yang Disalahertikan

Saya hadir dan mendengar sendiri ucapan al-Fadhil al-Mursyid al-Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, yang disampaikan ketika perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak pada hari Sabtu 29 Ogos lepas.

Tuan Guru membawa kisah burung belatuk (hud hud) dalam kisah Nabi Sulaiman alaihis salam yang dirakamkan dalam surah al-'Ankabut ayat 15 hingga ayat 44.

Burung hud hud melanggar perintah Nabi Sulaiman AS, yang memerintahkan semua bala tentera Baginda AS yang terdiri daripada jin, manusia, burung-burung agar berhimpun. 

Ketika pemeriksaan barisan dilakukan, didapati burung hud hud tiada. Lalu Nabi Sulaiman AS berkata:

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

Sebab hud hud tidak hadir adalah kerana ia berada di negeri Saba', memerhatikan kaum yang dipimpin oleh seorang wanita sujud menyembah matahari dan tidak menyembah Allah subhanahu wa ta'ala.

Ringkas cerita, akhirnya Raja Perempuan Saba' tunduk kepada kekuasaan Nabi Sulaiman AS dan memeluk Islam:

Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".

Ibrahnya, walaupun hud hud buat kesalahan tidak hadir dalam perbarisan tentera sehingga nyaris dikenakan hukuman berat daripada Nabi Sulaiman AS, namun hud hud ada alasannya, dan akibat daripada 'kesalahan' hud hud melanggar SOP itu, Nabi Sulaiman AS berjaya mengIslamkan seorang Raja Perempuan dan menundukkan kekuasaan sebuah negeri sehingga berada di bawah pengaruh pemerintahan Nabi Sulaiman AS. 

Adakah hud hud bersalah kerana melanggar arahan supaya berhimpun? Jawabnya ya, ia bersalah kerana tidak berhimpun dan tiada dalam perbarisan. 

Jadi adakah hud hud wajar dikenakan hukuman yang berat? Jawabnya Nabi Sulaiman AS mempertimbangkan alasan hud hud dan tidak terus menjatuhkan hukuman atas alasan melanggar SOP.

Jadi itulah analogi Tuan Guru al-Mursyid al-Am kepada kes Dr. Khairuddin, Menteri Komoditi yang terlanggar SOP kerana tidak kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Jadi mari sama-sama kita fikir:

Adakah melanggar SOP itu satu kesalahan? Ya satu kesalahan.

Adakah kita perlu pertahankan kesalahan orang yang langgar SOP, hanya kerana dia kawan kita?
Tidak, adililah dia dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Adakah beliau dikenakan hukuman? Ya, beliau telah dikenakan hukuman dan beliau mengambil tanggungjawab untuk memulangkan 4 bulan gaji.

Implikasi Dr. Khairuddin yang tidak kuarantin itu, apakah beliau menjadi sebab kepada penularan virus Covid? Tidak, tak ada pun kluster takiri, takanan, tatengah, tadepan ataupun tabelakang.

Menilai prestasi Dr. Khairuddin sebagai menteri,  adakah beliau 'perform'?
'Performance' beliau yang wajar dipuji ialah kejayaan beliau melonjakkan harga komoditi sawit lebih tinggi daripada menteri sebelum beliau (anda boleh tanya orang yang ada kebun sawit dan buatlah perbandingan).

Yang terakhir, adakah Dr. Khairuddin wajar disiksa dan disembelih (letak jawatan menteri) seperti desakan daripada musuh politik beliau, terutamanya daripada orang 'kafir' yang 'jujur' dengan kes terowong ghaib dan 'lundingan telus'?
Beliau 'perform' dalam kementerian beliau;
Beliau terlanggar SOP kerana giat bekerja untuk negara dan rakyat;
Tak nampak pun beliau sibuk berpolitik dan buka pekung mendedahkan kelemahan menteri sebelum beliau;
harga sawit naik dan rata-rata pekebun puas hati dengan prestasi Kerajaan PN berbanding sebelumnya;
Tiada pun kluster Covid yang melibatkan beliau;
Beliau bukan buat kesalahan syariah seperti meliwat, zina, minum arak sehingga perlu dijatuhkan hukuman hudud dan qisas;
Beliau bukannya songlap duit rakyat ataupun buat projek ghaib yang belanja menelan bilion;
Beliau dah dikenakan tindakan dan bertanggungjawab di atas kesalahan;

Kesalahan beliau hanya tak ikut SOP kuarantin 14 hari .... dan beliau sudah pun kena hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. 

Jadi isunya wajarkah hud hud Takiri ini disiksa dengan siksaan yang berat ataupun disembelih atas kesalahan langgar SOP?

Soalan ini masing-masing tanya iman dan jawablah sendiri, masing-masing nak jadi hakim, tapi adakah hukuman kita adil umpama adilnya Nabi Sulaiman yang memutuskan hukuman terhadap kes hud hud?

Kesimpulannya, poin Tuan Guru al-Mursyid al-Am dalam analogi ini bukanlah untuk membela atau mempertahankan kesalahan Dr. Khairuddin yang melanggar SOP tapi lebih kepada bertanyakan pendirian ahli PAS adakah wajar untuk hanya berdiam dan tunduk dengan desakan pihak lawan yang mahukan Dr. Khairuddin dikenakan hukuman yang lebih berat seterusnya melepaskan jawatan sebagai menteri, ataupun memberi sokongan kepada beliau untuk 'move on' dan teruskan tanggungjawab sebagai menteri, setelah beliau sendiri akur dengan kesalahan dan menerima tindakan.

P/S: Kepada Dr. Rozaimi yang dirahmati dan para pembaca yang sudi baca certot ini sampai la ke perenggan ini, saya mengajak untuk bersama-sama mengaminkan doa ini:

Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł… Ų£Ų±Ł†Ų§ Ų§Ł„Ų­Ł‚ Ų­Ł‚Ų§ Łˆ Ų§Ų±Ų²Ł‚Ł†Ų§ Ų§ŲŖŲØŲ§Ų¹Ł‡, Łˆ Ų£Ų±Ł†Ų§ Ų§Ł„ŲØŲ§Ų·Ł„ ŲØŲ§Ų·Ł„Ų§ Łˆ Ų§Ų±Ų²Ł‚Ł†Ų§ Ų§Ų¬ŲŖŁ†Ų§ŲØŁ‡، Łˆ Ł„Ų§ ŲŖŲ¬Ų¹Ł„Ł‡ Ł…Ł„ŲŖŲØŲ³Ų§ Ų¹Ł„ŁŠŁ†Ų§ ŁŁ†Ų¶Ł„ Łˆ Ų§Ų¬Ų¹Ł„Ł†Ų§ Ł„Ł„Ł…ŲŖŁ‚ŁŠŁ† Ų„Ł…Ų§Ł…Ų§.

Ya Allah! Bagilah kami nampak kebenaran itu jelas nampak benarnya dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, dan bagilah kami nampak kebatilan itu jelas nampak batilnya dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya, dan jangan bagi ia nampak samar-samar terhadap kami lalu kami pun tersesat, dan jadikanlah kami imam kepada golongan bertaqwa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo