NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas CEO PNB Persoal TIndakan Selangor Beri Peluang Kepada Kilang Haram


KUALA LUMPUR, 10 Sept ― Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang haram meneruskan operasi hingga hujung tahun ini.

Jalil Rasheed berkata sebaliknya tindakan lebih tegas perlu dibuat memandangkan mereka memberi risiko kepada penduduk Lembah Klang.

“Kenapa perlu beri masa? Selama 12 tahun mereka melanggar undang-undang dan mengulangi kesalahan sama.

“Mereka menyebabkan kerosakan kepada warga kota,” catat Jalil di Twitter.

 

Amirudin semalam dilapor berkata kerajaan Selangor menawarkan proses pemutihan kepada kilang haram sejak 2008.

Namun pada 2018 negeri memutuskan untuk memanjang tempoh peluang hingga 31 Disember 2020.

“Tetapi kalau keadaan mendesak dan saya rasa kami boleh laksanakan lebih pantas menjelang November atau Disember ini, atau pun awal tahun depan kami sendiri akan laksanakan secara menyeluruh proses pemutihan tersebut,” katanya dipetik.

Minggu lalu pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah Lembah Klang, melibatkan kira-kira lima juta penduduk terputus bekalan air akibat pencemaran sumber air di Sungai Gong di Rawang.

Sebuah kilang penyelenggaraan jentera disyaki menyebabkan punca pencemaran, dikesan beroperasi tanpa lesen sejak 2014. - ProjekMM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo