NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-undang baharu benarkan perbicaraan dalam talian


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kehakiman, mahkamah kehakiman dan rendah.

Tiga RUU itu adalah RUU Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020, RUU Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 dan RUU Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020.

Semua RUU yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan itu diluluskan tanpa pindaan menerusi undian suara.

Takiyuddin ketika menggulung perbahasan RUU Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020, berkata ia akan membolehkan perbicaraan dilakukan secara dalam talian, tertakluk kepada pertimbangan hakim.

Pindaan itu akan membenarkan mahkamah menggunakan beberapa perisian berbayar iaitu Skype dan Zoom yang menawarkan jaringan keselamatan bagi mengelak cubaan penggodaman.

"Pindaan Ini bukan usaha tergesa-gesa. Ia digunakan di mahkamah di Sabah dan Sarawak, jadi saya menaruh kepercayaan ia boleh dilaksanakan di Semenanjung.

"Ia adalah satu pilihan dalam mahkamah dan kita akan teliti kes demi kes, bukan semua pendengaran secara dalam talian.

"Ada agensi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang memantau dari semasa ke semasa, bagi mengesan sebarang kegiatan menggodam. Setakat ini tiada berlaku (penggodaman).

"Kita juga ada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang membuat dasar mengenai keselamatan siber, selain Kementerian Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity melaksanakan operasi daripada dasar dibuat NACSA dan MAMPU," katanya.

Pindaan sama turut terpakai bagi RUU Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 dan RUU Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo