Surah Apa Yang Dibaca Ketika Ziarah Kubur? ?


SOALAN :

Saya selalu ziarah kubur kedua orang tua pada hujung minggu kerana kubur mereka tidak jauh dari tempat tinggal saya.

Saya ingin bertanya adakah dimestikan membaca akan Quran dan surah apakah yang afdhal dibaca ketika ziarah kubur?

JAWAPAN :

Ketika ziarah seorang akan kubur tidak ada amalan yang wajib dilakukan olehnya hanya disunatkan baginya memberi ucapan salam dan berdoa dan membaca Quran dan bertafakkur tentang kematian.

Jika yang ziarah itu membaca akan Quran maka ia adalah elok.

Tersebut pada kitab Ma’rifatus Sunani wal Atsar bagi Imam Al-Baihaqi :

قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت

Artinya : “Telah berkata Imam Syafie : Dan aku menyukai kalau dibacakan di sisi kubur itu akan Quran dan didoakan bagi mayat.”

Dan para ulamak tidak menentukan surah tertentu yang mesti dibaca ketika ziarah akan kubur sekali pun ada diriwayatkan dari salaf soleh membaca beberapa surah.

Oleh kerana itu harus bagi yang ziarah membaca surah apa yang dia suka atau yang mudah baginya.

Telah berkata oleh Imam Nawawi :

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمهُ اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَأَ عِنْدَهُ شيءٌ مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْدهُ كانَ حَسناً

Artinya : “Telah berkata oleh Imam Syafie disunatkan bahawa dibaca pada sisi kubur akan suatu daripada Al-Quran dan jika dia membaca sekeliannya di sisinya nescaya adalah ia elok.” (Kitab Riadhu As-Solihin) 

KESIMPULAN

Ketika ziarah kubur tidak diwajibkan membaca Quran.

Jika hendak membacanya maka tidak ada dimestikan membaca surah-surah atau -ayat-ayat yang tertentu bahkan bebas bagi yang ziarah itu membaca apa surah yang dia mahu.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus



Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post