Saya Buat Report, Saya Yang Diancam - Asri Hot Burger

Mohd Asri Bin Hanif mengatakan taukeh taukeh judi yang kehilangan beratus ribu ringgit akibat terpaksa menutup kegiatan judi haram mungkin akan membalas dendam terhadapnya.
Beliau juga menafikan tuduhan polis bahawa beliau melemparkan tomahan terhadap PDRM, Beliau menegaskan beliau cuma menceritakan pekara yang beliau nampak dengan mata kepala sendiri dan rasa tanggung jawab.

Dalam video itu juga beliau menceritakan bertapa susahnya untuk mendapat bantuan PDRM bila berdepan dengan jenayah judi haram. Menurut Mohd Asri beliau telah pergi sehingga ke Bukit Aman, namun tiada tindakan yang tegas di ambil.

Malah "taukeh cina" (mungkin pemilik kedai judi haram) pernah bertanya kenapa beliau melaporkan aktiviti haramnya kepada PDRM. Bagaimanakan info pemberi maklumat boleh sampai kepada penjenayah?

Bukan ini satu penderhakaan oleh pegawai yang di berikan amanah kepada Raja dan Negara?

Bukan suka suka ada perkataan Di Raja pada PDRM, mereka memegang tanggung jawab dan amanah terhadap DYMM YDP Agung sendiri dan Raja Raja Melayu.


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post