Siapa lagi saya mahu harap, kalau bukan polis'

MOHD Asri Hamid. Foto/NSTP
KUALA LUMPUR: Selepas membuat pendedahan rakaman video tentang kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, semalam, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan.

Dalam satu rakaman kenyataan balas yang dimuatnaik di Facebook petang tadi, Mohd Asri mendakwa dia sudah membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan

"Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah pergi terus kepada Unit Perjudian di Bukit Aman dan Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

"Malah, apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada

sindiket perjudian," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook Jackell Jack.

Mohd Asri berkata, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjudian, tiba-tiba salah seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakan dia sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjudian.

"Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin judi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

"Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan polis," katanya.

Dia turut memuji tindakan Abdul Hamid, yang segera memberikan kenyataan pantas untuk menyiasat segala dakwaannya.

Asri juga turut menjelaskan masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Bayangkan masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya tapi itu saya tak kisah, kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

"Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup serta tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil," katanya.

Rakyat Malaysia turut terkesan dari segi ekonomi terutama semasa PKP. - BHarian

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post