NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Toshiba Tutup Operasi Komputer Riba Sepenuhnya


Toshiba minggu lalu telah secara rasmi keluar dari perniagaan komputer riba. Baki  19.9% pegangan saham di dalam perniagaan komputer Dynabook kini dijual sepenuhnya kepada Sharp. Pada tahun 2018, Toshiba menjual 80.1% saham perniagaan komputer mereka kepada Sharp.

Ini menandakan berakhirnya penglibatan Toshiba dalam penghasilan komputer riba yang dihasilkan sejak 1985. Pernah suatu ketika Toshiba ialah antara lima  syarikat dengan pegangan terbesar pasaran komputer dunia. Selepas perniagaan komputer mereka diambil alih oleh Sharp, komputer riba mereka dijenamakan semula sebagai Dynabook.

Sumber Rujukan: Toshiba

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo