NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Slim: Jadikan PRU-14 Sebagai Pengajaran Bermakna – Khaled


TANJUNG MALIM, 26 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan pengundi agar mengambil pengajaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan menolak pelbagai persepsi negatif serta pelbagai tohmahan liar yang mungkin akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu menjelangnya hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Sabtu ini.

Menurut beliau pada PRU yang lalu dakyah serta persepsi yang tidak betul dilontarkan terhadap BN dan kali ini diharapkan para pengundi membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon yang diketengahkan oleh BN, Mohd Zaidi Aziz.

‘’Pengundi perlu ambil iktibar dalam pilihan raya umum yang lalu di mana mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah serta persepsi yang tidak tepat dan tidak betul. Jadi kalau pihak-pihak yang bertanding itu betul-betul mempunyai rancangan apa hala tuju dan apa yang hendak dibuat tentunya mereka patut zahirkan sekarang daripada buat ‘last minute’… sorok-sorok mahupun serang hendap.

‘’Saya ingat pengundi patut tolak cara yang semikian. Kita nak pilih pemimpin yang akan membantu membentuk kerajaan jadi mesti jelas sebab kalau tidak ia akan berlaku macam Pakatan Harapan… mereka tidak melaksanakan dan tidak menunaikan apa yang telah diperkatakan sebelum ini,’’ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan ziarah kasih dan sembang santai bersama pengundi dan jentera setempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama.

Tambah Khaled, calon BN berbanding calon-calon lain ianya adalah terbaik kerana pertamanya mewakili sebuah parti dan mempunyai pakej yang tersendiri untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Slim ini.

‘’Keduanya calon sudah pasti rapat dengan arwah Datuk Khusairi dan sudah pasti banyak benda yang dulu dirancang oleh arwah yang boleh disambung oleh Mohd Zaidi jika mendapat kepercayaan pengundi dan ketiganya latar belakang calon pun terlibat dalam banyak organisasi yang memang banyak ada kaitan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jadi dari segi asasnya calon kita ini amat sesuai memberi khidmat kepada rakyat,’’ ujarnya lagi.- UMNO Online


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo