PKPP dilanjutkan Sehingga 31hb Disember


KERAJAAN mengumumkan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 September ini sehingga 31 Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, malam ini.

Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

"Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

"Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

"Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, PKPP bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu. - SH
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post