Jangan Ada Yang Cuba Lontar ‘Kulit Pisang’ Dalam UMNO Dan PAS



Setahun Muafakat Nasional: Jangan Ada Yang Cuba Lontar ‘Kulit Pisang’ Dalam UMNO Dan PAS

Setelah hampir setahun gabungan Muafakat Nasional ditubuhkan, 14 September ini satu perkembangan terbaru akan dapat dilihat dan perkembangan ini harus dilihat sebagai satu perkara yang positif.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Felda Besout 3 malam tadi menjelaskan, UMNO dan PAS komited dalam mencari titik persamaan dan bukannya melayani titik perbezaan kerana jika kita melayani titik perbezaan, sudah pasti kita tidak akan menjumpai titik persamaan.


Saya tidak nampak ada permasalahan dalam UMNO dan PAS dalam mencari titik persamaan, tetapi dalam satu perjalanan yang panjang, perjalanan yang jauh saya pasti ada ‘pisang’ yang dicampak, dan isinya telah dibuang.


“Yang dicampak ialah ‘kulit pisang’ dan saya khuatir jika kita terlanggar ‘kulit pisang’ itu, kita pasti akan tertiarap.

“Saya memberikan amaran, jangan ada mana-mana pihak yang cuba melontar ‘kulit pisang’ itu sama ada UMNO mahupun PAS untuk kita terpijak dan jatuh tertiarap, kita harus berhati-hati,” ujarnya yang juga Pengerusi bersama Muafakat Nasional.

Beliau juga secara sinis menasihatkan agar jangan terpijak ‘kulit pisang’ tersebut sebaliknya harus mengutip dan membuang ‘kulit pisang’ itu ke tempat ‘sampah’ agar perjalanan jauh nanti tidak terpijak ‘kulit pisang’.

“PRK DUN Slim ini satu wadah untuk kita menentukan bahawa permasalahan tetap ada, tetapi jangan layan perbezaan, kita cari titik persamaan.


“Kita nampak ramai pemimpin-pemimpin utama PAS turut bersama berkempen di Slim ini maka saya rasa lega kerana komitmen PAS cukup tinggi membantu calon BN di PRK DUN Slim ini,” tambahnya lagi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post