NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kluster Sivagangga : Kuarantin Wajib di Pusat Kuarantin Adalah Wajar


Akibat seorang yang diminta kuarantin di rumah telah melanggar arahan setelah pulang dari luar negara pada 13 Julai telah menyebabkan 20 orang telah dijangkiti. 

Kes ini bermula daripada pemilik kedai Kandar Haji Salleh iaitu Encik Nizar Mohamed Shaburbatha. Beliau memilik taraf penduduk tetap berasal daripada India. 

Kes beliau mula di kesan apabila tersebar gambar yang ditular netizan dan pihak polis telah mengambil inisiatif melakukan siasatan. Pemilik premis telah dikenakan kompaun, manakala 4 pekerja diarah melakukan saringan covid-19, dan kesemua mereka adalah positif.  Anak pemilik Nasi Kandar juga dikesan positif. 

Keseluruhan seramai 230 orang yang merupakan pelanggan dan kontak rapat pelanggan telah dikesan dan disaring. Hasil daripada saringan, 20 orang telah dipasti positif dan dihantar ke hospital termasuk dua murid sekolah rendah.

Manakala 13 individu masih tunggu keputusan.

Kesannya, terdapat lima sekolah Kedah telah diarahkan tutup sebulan bagi Menangani penyebaran Covid-19. 

Kesemua premis yang terlibat termasuk sekolah, tempat perniagaan dan rumah perlu dijalankan proses aktiviti pembersihan dan nyahkuman.

Kesemua guru, murid dan pemilik premis perniagaan berhampiran diminta untuk kuarantinkan diri dan keluarga selama 14 hari. 

Laporan juga menyatakan, Imam yang juga Setiausaha sebuah masjid di Napoh yang merupakan pengunjung tetap restoran Nasi Kandar itu tetap hadir ke masjid walaupun bergejala. 

Pihak KKM masih menjalankan aktiviti pengesanan aktif kontak rapat. Ini hanya kerana seorang sahaja yang telah melanggar arahan kuarantin wajib di rumah.

Langkah kerajaan untuk tidak membenarkan kuarantin di rumah lagi bagi mereka yang tiba dari luar negara terutamanya dari negara-negara zon merah Covid seperti dalam kes ini adalah suatu tindakan yang sangat wajar. 

Pengajaran dari negara Jepun, Hong Kong, Australia dan beberapa negara lagi yang mengalami peningkatan mendadak semasa gelombang kedua patut diteliti dan diambil secara serius. 

Semoga kesilapan seperti apa yang dilakukan oleh pemilik Restoran Nasi Kandar Haji Salleh ini tidak berulang lagi. 

-- 1Media 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo