NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banyak azan sekali gus jawab yang mana dulu?


oleh: Ustaz Azhar Idrus

SOALAN :

Soalan saya ringkas sahaja ustaz.
Kalau banyak masjid azan sekali gus nak jawab yang mana satu?

JAWAPAN :
Menurut fuqahak jika mendengar lebih dari satu azan memadai menjawab yang mana satu darinya dan jika menjawab semuanya juga harus tetapi yang afdhal ialah menjawab azan yang pertama.
Ada pun sengaja tidak menjawab azan tanpa sebarang uzur itu makruh hukumnya.

Berkata Imam Nawawi :

ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų³Ų£Ł„Ų© Ł…Ų­ŲŖŁ…Ł„Ų© ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų®ŲŖŲ§Ų± Ų£Ł† ŁŠŁ‚Ų§Ł„ Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ§ŲØŲ¹Ų© Ų³Ł†Ų© Ł…ŲŖŲ£ŁƒŲÆŲ© ŁŠŁƒŲ±Ł‡ ŲŖŲ±ŁƒŁ‡Ų§ Ł„ŲŖŲµŲ±ŁŠŲ­ Ų§Ł„Ų£Ų­Ų§ŲÆŁŠŲ« Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŲ­Ų© ŲØŲ§Ł„Ų£Ł…Ų± ŲØŁ‡Ų§ ŁˆŁ‡Ų°Ų§ ŁŠŲ®ŲŖŲµ ŲØŲ§Ł„Ų£ŁˆŁ„ Ł„Ų£Ł† Ų§Ł„Ų£Ł…Ų± Ł„Ų§ ŁŠŁ‚ŲŖŲ¶ŁŠ Ų§Ł„ŲŖŁƒŲ±Ų§Ų± ŁˆŲ£Ł…Ų§ Ų£ŲµŁ„ Ų§Ł„ŁŲ¶ŁŠŁ„Ų© ŁˆŲ§Ł„Ų«ŁˆŲ§ŲØ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ§ŲØŲ¹Ų© ŁŁ„Ų§ ŁŠŲ®ŲŖŲµ ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų£Ų¹Ł„Ł…

Artinya : “Dan bermula masalah ini ditanggungkan atas beberapa kemungkinan. Dan pandangan yang terpilih bahawa dikatakan menjawab azan itu adalah sunat muakkad yang makruh ditinggalkannya kerana jelas pada hadith-hadith yang sahih dengannya. Dan hukum ini adalah khusus untuk azan yang pertama dari kerana bahawasanya perintah itu tidak dikehendaki makna berulang-ulang. Dan ada pun asal fadhilat dan pahala pada menjawab itu tidaklah tertentu ia.” (kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Majmu’)

Maksudnya jika ada beberapa azan dilaungkan maka yang afdhal ialah menjawab azan yang pertama dan tidak mengapa tidak dijawab akan azan yang kedua dan seterusnya kerana asal perintah jawab azan itu hanyalah sekali sahaja. Apabila sudah dilakukan sekali pada azan yang pertama maka tidak lagi disuruh pada yang selepasnya.

Jika menjawab kesemua azan yang didengar hukumnya adalah harus dan dapat pahala setiap kalimah azan yang dia ikuti itu.

wallahua’lam


Sumber: https://www.facebook.com/ustazazhar.idrus.7/posts/3337441446315163

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo