COVID-19: Kluster Sivagangga dan TEMCO di Kedah

Pada 30 Julai 2020 terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan didapati tiga (3) daripada kes itu adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara: Kazakhstan (1 kes di Selangor); Indonesia (1 kes di Kedah); dan Filipina (1 kes di Sabah).

Sementara kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia. Perinciannya adalah melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan di sebuah pusat perubatan; Johor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang; di Sabah pula ada tiga (3) kes melibatkan Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth; Satu (1) kes saringan hospital di Hospital Queen Elizabeth; dan Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Tawau. Pada 30 Julai tidak dilaporkan perkembangan tentang Kluster PUI Sivagangga.

Pada 31 Julai 2020, 12 kes baharu yang dilaporkan, didapati lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara. Lima (5) kes import tersebut adalah dari negara: Indonesia (3 kes: 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Johor dan 1 kes di Sarawak). Bagi kes di Johor, beliau merupakan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); Qatar (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada tujuh (7) kes penularan di dalam negara, lima (5) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (5 kes) adalah: Johor satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultan Ismail; Kedah dua (2) kes daripada Kluster PUI Sivagangga; Selangor satu (1) kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan; Negeri Sembilan satu (1) kes saringan di lokap sebelum dipindahkan ke penjara.

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) dalam kalangan bukan warganegara pula adalah: Johor satu (1) kes saringan pra pembedahan; Sabah satu (1) kes kematian dikesan positif COVID-19 di Hospital Queen Elizabeth.

Pada 1 Ogos 2020, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan, didapati tujuh (7) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara.

Tujuh (7) kes import tersebut adalah dari negara: India (2 kes di Selangor); Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1 kes di Selangor); Jepun (1 kes di Selangor); Switzerland (1 kes di Selangor); Filipina (1 kes di Perak); dan Pakistan (1 kes di Perak).

Daripada dua (2) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (1 kes) adalah di negeri Kedah. Kes tersebut adalah daripada Kluster PUI Sivagangga.

Berikutnya pada 2 Ogos, KKM melaporkan terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. didapati 11 kes daripada Kluster PUI Sivagangga selepas sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini (313 kes), 20 kes dikesan positif COVID-19; dan 280 negatif; dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian. Kemudian daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Daripada kes positif itu, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Pada 2 Ogos juga sebanyak 11 kes positif tersebut telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan adalah lapan (8) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 7 tahun. Kes-8,975 ini merupakan kes generasi pertama. Berlaku lagi penularan, tiga (3) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 10 tahun. Kes-8,976 merupakan kes generasi pertama.Justeru itu, kesemua kes yang dinyatakan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan. Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.

Pada 3 Ogos 2020, Kluster PUI Sivagangga semakin hangat dibicarakan oleh masyarakat berikutan puncanya kes import dari India. Ia amat mencabar pihak berkuasa apabila kluster ini menular ekoran individu yang berkenaan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Penularannya melibatkan 21 orang telah disahkan positif dan ia merupakan kes indeks adalah asalnya seorang pemilik kedai makan yang balik ke Malaysia dari India yang didapati melanggar HSO. Akibatnya, empat (4) pekerjanya, seorang (1) ahli keluarga terdekat dan tiga (3) rakyat tempatan dijangkiti. Ahli keluarga dua rakyat tempatan itu juga telah disahkan positif. Pengesanan kes aktif masih giat dijalankan dan dijangka bilangan yang positif terus bertambah. Kerajaan Kedah juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) melibatkan Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap. Sementara itu sekolah juga terpaksa ditutup di Kubang Pasu, antaranya Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa, serta Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap. Langkah yang agaksukar itu terpaksa diambil demi membendung penularan Wabak COVID-19 danjuga untuk menjaga kira-kira 7,000 orang penduduk yang mungkin turut terkesan akibat ekoran TEMCO.

Gambaran pihak KKM yang mengesahkan penularan COVID1-19 daripada Kluster Sivagangga telah membabitkan generasi kedua, seperti digambarkan menerusi infografik berikut.



Selanjutnya pada 4 Ogos 2020 terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ia sutau rekod terendah, iaitu suatu kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Namun, agak mengejutkan apabila pada 5 Ogos 2020 terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Dariapda 21 kes itu, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan warganegara Malaysia dan enam (6) kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia. Daripada enam (6) itu, taburannya berlaku di Kedah tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga; Sabah dua (2) kes dan satu (1) kes lagi ialah hasil saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Laporan pada 5 Ogos 2020 berkaitan Kluster PUI Sivagangga seramai 1,647 orang telah disaring dan 24 kes dikesan positif COVID-19; 754 negatif; dan 869 masih menunggu keputusan. Pecahan warganegara bagi kes positif kluster ini adalah 19 warganegara Malaysia; dan lima (5) bukan warganegara dan tiga (3) kes baharu telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga. Ketiga-tiga kes tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster ini. Tiga kes ini adalah kes generasi kedua. Dua kes daripadanya adalah kontak rapat kepada kes ke-9,000 kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (iaitu kes ke-9,021 dan kes ke-9,022). Seorang daripada anak beliau telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan. Kes ketiga (iaitu kes ke-9,023) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-8,976. Pada 2 Ogos 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim. Ketiga-tiga kes baharu ini te;ah dikesan positif pada 4 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.Justeru bermula daripada 28 Julai, pihak KKM mengesahkan satu (1) kes Kluster PUI Sivagangga, maka pada 5 Ogos lalu (dalam tempoh 9 hari) telah muncul 24 kes positif COVID-19 daripada 1,647 orang melakukan saringan. 

Bersambung...

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post