NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ekonomi Malaysia Catat Penyusutan Rekod 17.1% Pada Q2; Tanda Pemulihan Dilihat Pada Bulan Jun



BNM dan Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia menyusut 17.1% pada suku kedua (Q2 2020) berbanding suku yang sama tahun lepas (Q2 2019) dan mengalami kemerosotan 16.5% berbanding suku tahun sebelumnya (Q1 2020).

Perkara ini tidak menghairankan kerana berasaskan pemerhatian saya, Malaysia mengenakan lockdown antara yang paling ketat dan inilah kesannya. Tetapi data KDNK turutan bulan April (-28,6%), (Mei -19.5%) dan Jun (-3,2%) menunjukkan bahawa kesan paling buruk telah berlalu (selagi tiada lockdown sekali lagi).

Bagi seluruh tahun, KDNK Malaysia dijangka merosot antara -3.5 hingga -5.5, dan diramalkan berkembang pada kadar antara 5.5 – 8.0 peratus pada 2021.

Berasaskan data leading indicator yang saya nyatakan sudah mula positif dalam artikel sebelum ini dan kadar pengangguran bulan Jun yang turun dari 5.3% kepada 4.9% serta beberapa data lain yang positif termasuk imbangan dagangan tertinggi, ekonomi Malaysia dijangka pulih secara perlahan-lahan pada separuh kedua tahun ini.

Berikut adalah link siaran akhbar Bank Negara Malaysia. Di bawah ialah infografik statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo