Adakah kalau kita hendak belajar baca quran mesti talaqi dengan guru?
Adakah boleh kalau belajar baca quran melalui internet?
JAWAPAN :
Belajar membaca Quran sangatlah dituntut oleh agama kerana orang yang belajar akan dapat membacanya dan mencapai ganjaran yang disediakan bagi orang-orang yang membacanya sebagaimana yang datang di dalam hadith-hadith Nabi saw.
Sekali pun di zaman sekarang ada kemudahan belajar daripada internet dan yang seumpamanya namun begitu pembelajaran yang terbaik ialah dengan bertalaqi dengan guru kerana murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan dan diperbetulkan mana yang kurang dan mana yang salah.
Guru yang mengajar Quran pada zaman sekarang sangatlah ramai dan mudah didapati oleh kerana itu sebaiknya jangan hanya memadai belajar dari internet walau pun tidak diapat dinafikan melalui internet juga dapat diperolehi ilmu-ilmu tentang membaca Quran.
Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :
ŲÆŁŲ± Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų§ŁŁŲ±ŁŁ ŁŲ«ŁŲ±Ų© ŁŁ ŲØŁŲÆŁŲ§ ŁŲ§ŁŲŁ ŲÆ ŁŁŁ، ŁŁŲ°Ų§ Ų§ŁŲ£Ų“Ų®Ų§Ųµ Ų§ŁŲ°ŁŁ ŁُŲ¹ŁِّŁ ŁŁ Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł، ŁŲ„Ų°Ų§ Ų°ŁŲØ Ų§ŁŲ„ŁŲ³Ų§Ł Ų„ŁŁ Ų£ŲŲÆ Ų§ŁŁُŲ±ّŲ§Ų” Ų£Ł ŁŁŁ Ų„Ł Ų“Ų§Ų” Ų§ŁŁŁ Ų£Ł ŁŲŖŲ¹ŁŁ Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł، ŁŁŲ¹Ų±Ł ŁŁŁ ŁŁŲ±Ų£ ŁŲ±Ų§Ų”Ų© ŲµŲŁŲŲ©، ŁŁŁŁ ŁŲŁŲø Ų„Ł Ų£Ų±Ų§ŲÆ ŲŁŲø Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų¹Ł ŲøŁŲ± ŁŁŲØ، ŁŲ§ŁŁ ŁŁ ŁŁ Ų§ŁŁ ŁŲ¶ŁŲ¹ Ų£Łّ Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł ŁŲŲŖŲ§Ų¬ ŲŖŲ¹ŁŁ Ł Ų„ŁŁ ŲŖŁŁٍّ، Ų£Ł Ų³Ł Ų§Ų¹ٍ Ł Ł Ų§ŁŁُŲ±ّŲ§Ų”، ŁŁŁ ŁŲ¹Ų±Ł Ų§ŁŁŁŲø Ų§ŁŲµŲŁŲ ŁŁŁ ŁŁŁ Ų©، ŁŁ Ł ŁŁ ŁŲŖŁŲ³Ų± ŁŁ Ų°ŁŁ ŁŲØŲ„Ł ŁŲ§ŁŁ Ų£Ł ŁŁŲ±Ų£ Ų§ŁŁ ŲµŲŁ ŁŁŲŲÆŁ Ł ŲµŲŗŁŲ§ً Ų„ŁŁ Ų§ŁŲ£Ų“Ų±Ų·Ų© Ų§ŁŲŖŁ Ų³Ų¬ّŁ Ų¹ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁُŲ±ّŲ§Ų” Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų§ŁŁŲ±ŁŁ ŁŲ§Ł ŁŲ§ً ŲØŲ£ŲµŁŲ§ŲŖŁŁ ، ŁŁŲÆ ŁŲ³ّŲ± Ų§ŁŁŁ ŁŲ±Ų§Ų”Ų© Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł ŁŲÆŁŁ Ų§ً ŁŲŲÆŁŲ«ًŲ§، Ų„ŁŲ¬Ų§Ų²Ų§ً ŁŁŲ¹ŲÆŁ ŁŁ Ł ŲŁŁ ŁŲŖŲ§ŲØŁ ŲŁŲ« ŁŲ§Ł: (ŁَŁَŁَŲÆْ ŁَŲ³َّŲ±ْŁَŲ§ Ų§ŁْŁُŲ±ْŲ¢Łَ ŁِŁŲ°ِّŁْŲ±ِ ŁَŁَŁْ Ł ِŁ Ł ُّŲÆَّŁِŲ±ٍ) Ų§ŁŁŁ Ų±/17 : ŁŲŖŲ§ŁŁ ŲŖŁŲ³ŁŲ± Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł/ ŁŲŖŁŁ Ų±ŁŁ 7
Artinya : “Pusat belajar Al-Quran sudah banyak di negeri kita sekarang Alhamdulillah dan seperti itu juga orang-orang yang mengajar akan Quran. Maka apabila pergi seseorang kepada salah seorang qari nescaya memungkinkan dia insyaAllah belajar akan Quran lalu dapatlah dia mengenal bagaimana membaca Quran dengan bacaan yang sahih dan dapat mengenali bagaimana cara menghafal Quran bagi yang mahu menghafalnya di dalam hati. Dan perkara yang pentingnya ialah Quran itu memerlukan belajar secara talaqi artinya mendengar dari bacaan segala qari supaya mengenal ia akan lafaz yang sahih bagi setiap kalimah.
Dan barang siapa yang sukar baginya yang demikian itu bolehlah dia belajar dengan mushaf sambil mendengar kepada rakaman bacaan para qari membaca ayat Quran yang sempurna dengan suara mereka.
Dan sungguhnya Allah telah memudahkan bacaan Quran dari dulu sampai sekarang sebagai menyempurnakan janji-Nya di dalam Al-Quran sekira-kira berfirman Allah : Dan sungguhnya Kami telah mudahkan akan Al-Quran itu bagi ingatan maka adakah yang mengambil iktibar? Al-Qamar : 17.”
KESIMPULAN
Belajar membaca Quran yang paling baik ialah dengan cara bertalaqi dengan guru kerana murid dapat mendengar bacaan guru dan murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan oleh guru adakah bacaan murid itu sahih atau sebaliknya.
Ada pun belajar dengan internet atau dari rakaman maka murid hanya boleh mendengar bacaan guru tetapi guru tidak boleh mengesasahkan bacaan murid samada sahih atau sebaliknya.
Bagi mereka yang belum lagi ada kemudahan belajar dengan guru maka elok dia belajar dulu mendengar bacaan-bacaan yang sahih yang diperdengarkan di dalam internet atau yang seumpamanya dan apabila bertemu dengan guru hendaklah dia baca segala bacaan yang telah dia pelajari melalui internet atau rakamannya dahulu supaya diperbetulkan jika ada salah silapnya.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment