NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertuduhan Rasmi Ke Atas Lim Guan Eng


"Bahawa kamu, pada bulan Mac 2011, berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, telah secara rasuah meminta bagi pihak kamu sendiri suatu suapan, iaitu balasan berharga berupa sebanyak 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli, sebagai upah bagi melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu, membantu syarikat milik Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama."


Hukuman

"Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) apabila disabitkan boleh:

a) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi."


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo