NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

16 Tan Lemak Babi Untuk Buat Biskut di Sita.


KONTENA membawa muatan lemak babi seberat 16,200 kilogram (kg) ditahan ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, Isnin lalu.

Dalam pemeriksaan pada 9 malam itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang mendapati lemak babi dibawa masuk dari Belanda itu tidak mematuhi syarat import ditetapkan.

Jurucakap MAQIS Pulau Pinang berkata, berikutan itu semua lemak babi bernilai RM110,456.37 itu disita untuk tindakan lanjut.

"Lemak babi itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk digunakan dalam pembuatan biskut dan setiap tong diisi 10kg lemak babi.

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati pengimport tidak mematuhi syarat import seperti dinyatakan dalam Permit Import MAQIS iaitu tiada nama dan alamat loji pada label pembungkusan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, MAQIS mengambil tindakan sitaan selain bakal mengeluarkan kompaun terhadap pengimport berikutan kesalahan dilakukan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta sama. - HM

1Media - Berhati-hatilah ketika membeli biskut. Baca kandungan terlebih dahulu. Elakkan makanan syubhah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo