NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin diumum Presiden Bersatu



KUALA LUMPUR, 4 Muharram 1441H, Ahad – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 hingga 2022.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diumumkan sebagai Timbalan Presiden Bersatu bagi tempoh yang sama.

Kedua-dua mereka merupakan calon tunggal yang bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal ini manakala jawatan bagi Pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tiga Naib Presiden yang dipilih pula ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Seramai 23,438 perwakilan telah mengundi semasa persidangan bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo