NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

N9: Adun Rahang keluar DAP


SEREMBAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini.

Katanya, beliau menerima surat berkenaan pagi tadi di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar pegawai ADUN terbabit.

"Kita menghormati keputusan beliau walaupun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan.

"Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil)," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam surat peletakan jawatan berkenaan, Mary Josephine menyatakan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.

"Saya akan terus memberi sokongan ke atas kepemimpinan Datuk Seri sebagai ADUN Bebas," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo