NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu sertai Muafakat Nasional?


KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yakin tiada pertembungan 3 penjuru di mana-mana kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ia hasil awal yang menunjukkan keputusan positif ketika perkara itu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden dan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional sebelum ini.

“Antara keputusan awal yang dicapai termasuklah Umno dan PAS setuju Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri selepas PRU15. Perkara ini masih gagal di peringkat Pakatan Harapan (menamakan calon perdana menteri).

“Yang kedua, kita setuju satu lawan satu dan saya yakin kedua-dua badan itu akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya yang juga menteri alam sekitar dan air selepas pertemuan dengan menteri besar Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mengulas kemenangan besar PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini semalam, Tuan Ibrahim gembira dengan petugas PN yang sentiasa berdedikasi melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Petugas PAS bekerja macam wakil PAS yang bertanding. Yang hebat adalah bekas calon PAS (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim) yang bertanding, namun kalah pada PRU14 lepas mengetuai kempen untuk memenangkan calon BN.

“Ini merupakan gambaran awal untuk kita sama-sama bekerja pada PRU15 nanti.”

Semalam, PRK Chini menyaksikan calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 undi selepas memperoleh 13,872 undi.

Dua calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi, menyebabkan kedua-duanya hilang deposit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo