NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aidil Adha: Adakah Kita Berpura-pura Beriman?

Petikan Khutbah Aidil Adha oleh TGHH pada 1407 (1987) - 33 tahun yang lalu.

1. Nabi Ibrahim diuji dengan perintah Allah dan cabaran musuh menghalang perlaksanaan syariat Islam.

2. Pengakuan sebagai Islam (menyerah diri) mestilah dengan iman dan amalan. Iman bukan hanya manis di bibir, tetapi busuk di hati. Bukan hanya Islam pada nama, tetapi berhati syaitan.

3. Nabi Ibrahim disanjung oleh Allah kerana penyerahan diri (Islam)-nya secara bersungguh-sungguh kepada Allah.
   - menghadapi segala bentuk ujian Allah, termasuk berhadapan dengan Namrud yang zalim, berhijrah ke Baitul Maqdis, meninggalkan anak isteri di Mekah yang kontang dan menyembelih anaknya. 
   - sekali-kali tidak menyerah diri kepada jahiliyah, kerana penyerahan diri hanya kepada Allah..

4. Penyerahan diri kepada Allah bukan hanya individu, tetapi melibatkan anak isteri dan seluruh kehidupan.

Pengajaran:

5. Adakah kita menyembelih binatang hanya untuk memakan dagingnya sahaja? Atau untuk penyerahan diri kepada Allah? Lalu kenapa ketaatan hanya pada ibadat qurban sahaja, sedangkan hukum Allah yang lain terabai.

6. Nikmat yang banyak telah Allah berikan kepada kita, kenapa tidak menimbulkan kesyukuran dan ketundukan kepada Allah?

7. Ada orang Islam mengikuti jejak langkah orang Yahudi, walaupun mengetahui penderhakaan mereka di dalam al-Quran.

8. Orang Yahudi dan Nasrani mendakwa mereka mengikuti agama Nabi Ibrahim, tetapi mereka tidak menyerah diri kepada Allah.

9. Nabi Ibrahim menyerah diri sepenuh hati kepada Allah, tetapi adakah kita telah menyerah diri sepenuhnya dengan mentaati segala hukum dan ajaran Islam yang diperintahkan oleh Allah.

10. Adakah kita benar-benar beriman atau berpura-pura beriman?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo