Promosi Unifi Mobile Plan Tanpa Had Pada Harga RM35 sebulan


Telekom Malaysia kini telah hadir dengan sebuah lagi promosi khas untuk pengguna pelan prabayar talian mudah-alih mereka, Unifi Mobile. Dinamakan dibawah pakej BEBAS, kini pengguna boleh menikmati promosi langganan internet 4G LTE tanpa had pada harga RM35 sebulan.

Promosi ini disediakan oleh pihak Unifi Mobile antara 27 Julai 2020 sehigga 31 Disember 2020 kelak.

Pengguna boleh menggunakan data LTE ini pada telefon mudah-alih, selain turut boleh digunakan untuk penggunaan hotspot.

Selain potongan pada harga pas bulanan dari RM55 ke RM35 sebulan, Unifi Mobile juga turut menawarkan potongan untuk pas mingguan daripada RM20 kepada RM12 seminggu untuk tempoh promosi ini. - amanz.my
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post