Malaysia 5.0 - Dasar 4IR National


Di antara 400 juta hingga 800 juta individu di seluruh dunia akan digantikan dengan automasi dan perlu mencari pekerjaan baru pada tahun 2030” - McKinsey Global Institute.

Malaysia 5.0 menggariskan pendekatan “penyelesaian masalah” terhadap cabaran dan masalah rakyat melalui penggunaan dan pelaksanaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang menggabungkan persekitaran fizikal dan digital.

Istilah “Masyarakat 5.0” menggambarkan evolusi masyarakat sosial ke tahap yang berikutnya, bermula dengan masyarakat memburu (Masyarakat 1.0), masyarakat pertanian (Masyarakat 2.0), masyarakat industri (Masyarakat 3.0), dan masyarakat bermaklumat (Masyarakat 4.0). Perbezaan utama Masyarakat 5.0 (era digital) dengan Masyarakat 4.0 (era bermaklumat) adalah penyatuan dunia maya dan dunia fizikal.

COVID-19 telah mempercepatkan proses evolusi masyarakat ini, penghijrahan daripada infrastruktur fizikal kepada infastruktur digital.

Namun Masyarakat 5.0 menjanjikan penyatuan keseluruhan sistem melalui kecerdasan buatan (AI), internet untuk segalanya (IoT), blockhain dan kewangan digital (FinTech).

Dasar 4IR Nasional diperlukan untuk mencipta naratif baharu bagi Malaysia dalam membina negara yang mengamalkan ekonomi inovasi, agar dapat bersaing dalam dunia teknologi serta berfungsi sebagai batu loncatan untuk ASEAN, menghubungkan Asia, Timur Tengah dan Afrika, termasuk 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia.

Dasar 4IR Nasional akan menyokong teknologi yang sedang meningkat naik seperti Blockchain, AI, IoT dan Robotik, di mana semuanya merupakan alat yang penting di dalam ekonomi digital Malaysia 5.0 ini.

Sekiranya dasar ini tidak dipandang dalam strategi nasional negara, Malaysia akan terus ketinggalan dan tersisih daripada ekosistem digital dan tenaga kerja baru.

Disebabkan teknologi ini boleh diakses dari mana-mana sahaja, teknologi 4IR menimbulkan pelbagai kebimbangan, namun dengan cara yang betul dan tepat, ia boleh mencipta suasana kehidupan yang lebih baik, termasuk pekerjaan baru yang lebih bermakna, peningkatan kemahiran untuk tenaga kerja, tahap kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, dan mewujudkan bandar yang lebih pintar serta hijau.

Malaysia 5.0 dapat menyumbang kepada ekonomi kitaran dan ekonomi yang lebih lestari, di mana kehidupan yang lebih sejahtera dapat diwujudkan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, umur, dan kelas.

Dalam menghadapi norma baharu, terdapat keperluan mendesak untuk negara dalam membangunkan dasar yang lebih komprehensif, lebih prihatin dan lebih inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Permulaan untuk Dasar 4IR Nasional ini adalah dengan membangunkan hab yang dapat menghubungkan syarikat 4IR di Malaysia dengan seluruh dunia, melalui peraturan yang ketat serta strategi dan arah yang tepat.

Kerangka dasar ini harus selaras dengan program yang sedang berlangsung di Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Agensi Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan badan kerajaan serta badan berkanun yang lain.

Walaupun terdapat banyak penderitaan dihadapi disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda ini, namun selepas beberapa bulan dikuarantin, dengan syarikat dan isi rumah harus bersedia memulakan semula ekonomi untuk kelangsungan hidup, pengakhiran kepada krisis ini akan muncul juga.

Pemulihan ekonomi akan bergantung kepada kecepatan teknologi 4IR ini dilaksanakan dengan saluran yang betul.

Malaysia 5.0 merupakan peluang untuk merancang pelan tindakan secara proaktif dalam menggabungkan dunia fizikal dan digital bagi mengatasi cabaran sosial, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pasaran baharu.

Gaya baharu untuk melakukan sesuatu perkara akan meningkat, dan kita akan bertahan bukan sahaja sebagai satu masyarakat, malah akan menjadi lebih kuat dalam ekonomi global.

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post