KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan awal, pengalaman menghadapi wabak, tindakan segera menaik taraf kemudahan kesihatan, kecekapan pelaksanaan ujian saringan dalam kapasiti besar, selain pasukan perubatan yang bekerja dengan pengetahuan serta sumber yang ada.
Itu adalah sebahagian faktor yang membawa kejayaan kepada Malaysia dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
Ia disifatkan perlu menjadi pengajaran kepada negara barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang sebelum ini dilihat memberi penekanan terhadap aspek keselamatan kesihatan, kepakaran dan sistem kesihatan yang kukuh.
Penemuan itu adalah hasil laporan sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDI), berdasarkan pemerhatian dan kajian pakar dalam bidang kesihatan yang dilapor dan dikumpulkan Dr Fifa Rahman.
Pengarah DNDI bagi Asia Tenggara, Jean-Michel Piedagnel, berkata laporan berkenaan tepat pada masanya dan menggambarkan nilai kepakaran oleh negara berpendapatan sederhana dalam memberi tindak balas terhadap pandemik global.
"Walaupun terdapat keperluan yang jelas untuk melabur dalam penyelesaian yang membabitkan kos yang besar seperti rawatan dan vaksin baharu, namun pragmatisme dan kepantasan dari segi mewujudkan tindak balas kesihatan asas adalah faktor yang utama.
"Negara berpendapatan sederhana memberi tumpuan kepada asas kesihatan awam yang ada. Ini adalah pelajaran yang mesti kita ingat," katanya.
Merujuk kepada situasi Malaysia dalam menangani wabak berkenaan, laporan itu menyebut ia bermula sejak Disember lalu apabila pihak berkuasa China mengesan kes penyakit pernafasan akut.
"Pengalaman Malaysia menghadapi Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) termasuk pasukan pengesanan kontak yang berpengalaman adalah kunci kepada maklum balas yang pantas.
"Malaysia juga secara drastik meningkatkan fasiliti kesihatan dan kapasiti pengesanan (virus) pada Februari lalu, termasuk peningkatan 86 peratus dalam kapasiti makmal ujian, 89 peratus katil penjagaan kritikal dan 49 peratus ventilator," katanya.
Selain itu katanya, berbanding negara barat, Malaysia memasukkan mereka yang disahkan positif COVID-19 ke hospital termasuk yang tidak bergejala, selain menjalankan ujian kepada kontak rapat pesakit yang positif dan yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang berisiko.
"Belajar daripada negara lain, termasuk China adalah asas kepada mengenal pasti apa yang boleh dan tidak boleh dalam memberi maklum balas kepada COVID-19, termasuk rawatan.
"Walaupun bukti mengenai rawatan masih belum jelas, doktor di Malaysia memberi keutamaan kepada pemantauan untuk melihat kesan sampingan negatif dan menyesuaikan penggunaan ubat," katanya.
Bung Moktar Radin menyifatkan gesaan Ketua Pemuda PBS, Cristopher Mandut agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah sebagai ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment