KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap anak Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tahun lalu.
Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di Hotel W, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.
Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.
Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.
Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) mendakwa presidennya, P Ramasamy dihalang untuk keluar negara. Setiausaha Interim Urimai, S...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment