KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Selasa melancarkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) dalam usaha memaksimumkan lagi agihan zakat di Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata aplikasi mudah alih itu membolehkan sesiapa sahaja membantu MAIWP dalam mengesan dan melaporkan asnaf di Wilayah Persekutuan.
"Sering kali juga kita mendengar dakwaan yang menyatakan pegawai agihan zakat tidak proaktif, hanya tunggu di pejabat dan tidak turun padang.
"Dakwaan ini adalah tidak tepat sama sekali kerana MAIWP mempunyai Skuad Jejak Asnaf Baitulmal yang sentiasa turun padang dan cakna kepada mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat," katanya pada pelancaran aplikasi tersebut di sini pada Selasa.
Katanya, menerusi aplikasi berkenaan, pengadu boleh mengambil gambar dan memuat naik menerusi aplikasi tersebut bagi memudahkan rujukan Skuad Jejak Asnaf.
"Dengan cara ini, MAIWP akan dapat membantu seramai mungkin mereka yang dalam kesusahan dan mengurangkan kadar keciciran," tambah Zulkifli.
Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan lokasi GPS bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk turun padang terus ke lokasi yang dilaporkan.
Justeru, Zulkifli menyeru orang ramai khususnya yang menetap di Wilayah Persekutuan untuk memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store dan Apple Apps Store sekali gus membantu MAIWP menyantuni mereka yang memerlukan.
BEIJING – Seorang lelaki di China menghantar wang tunai 9.98 juta yuan (RM6.4 juta), jongkong emas dan jam tangan mewah ke rumah tunangnya ...
HIJAU.FM...
MALAYSIA KE ARAH PENYAMUN LGBT
Anwar akan membawa Malaysia untuk 'normalisasis' untuk LGBT dan Penyamun Wang Rakyat
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment