NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Dr Mahathir sudah pening teruk



Usul yang mahu dibawa oleh Tun Dr Mahathir di Dewan Rakyat adalah:
Membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, malam ini, sewaktu menjelaskan sebab beliau mahu bawa usul ini, Tun Dr Mahathir berkata panjang lebar:
Kita nak bercakap berkenaan dengan Tan Sri Muhyiddin angkat sumpah dengan berkata bahawa dia dapat sokongan majoriti, saya nak tahulah sama ada betul, dan ini Dewan boleh tentukan di waktu dia angkat sumpah apakah dia dapat majoriti. Kerana sekarang ini memang dia boleh dapat majoritilah, dia dah tawar banyak jawatan kepada penyokong-penyokong saya pun. Tetapi waktu itu, at the material time, yang dia angkat sumpah hari tu, apakah dia boleh bukti yang dia ada majoriti sedangkan kami dapati bahawa 114 orang telah tandatangan menyokong calon yang lain. Itu keputusan orang lain, tapi kerana tidak ada sidang Parlimen ini tidak boleh dikemukakan.
Tambah Tun Dr Mahathir:
Biasanya mengikut undang-undang DYMM Yang di-Pertuan Agong akan lantik seorang yang dipercayai olehnya mendapat sokongan bilangan yang majoriti dalam Dewan. Ini dapat ditentukan apabila Dewan bersidang. Tetapi sekarang ini Dewan tak dibenar bersidang, bermakna bahawa sebenarnya tidak ada sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerana Dewan tidak dapat bersidang untuk menentukan sama ada benar ataupun tidak dia dapat majoriti pada hari dia angkat sumpah.
Berdasarkan penjelasan Tun Dr Mahathir ini dua perkara adalah jelas:
(1) Beliau tidak mempertikaikan bahawa Tan Sri Muhyiddin kini mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.
(2) Beliau hanya mempersoalkan sama ada Tan Sri Muhyiddin mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat atau tidak sewaktu Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sahaja.

Berdasarkan penjelasan Tun Dr Mahathir ini, usul yang mahu dibawa oleh beliau di Dewan Rakyat sepatutnya berbunyi:
Membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat sewaktu Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Begitupun, Dewan Rakyat sebenarnya bukanlah tempat yang betul untuk menentukan sama ada Tan Sri Muhyiddin mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat sewaktu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Tempat yang betul untuk menentukan sama ada Tan Sri Muhyiddin mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat sewaktu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri adalah mahkamah, bukannya Dewan Rakyat.

Apabila Tan Sri Musa Aman tidak berpuas hati dengan perlantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah contohnya, beliau membawa perkara ini ke mahkamah.

Keputusannya adalah cabaran beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Yang di-Pertua Negeri Sabah menggunakan kuasa budi bicara beliau dengan betul sewaktu melantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Baca di sini: https://www.todayonline.com/…/shafie-stays-sabah-cm-court-d…

Selepas Tan Sri Musa Aman merayu, Mahkamah Rayuan juga menolaknya dengan memutuskan bahawa cabaran itu hanya bersifat akademik dan tidak akan mengubah apa-apa disebabkan sokongan majoriti yang telah diperolehi oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Baca di sini: https://www.sabahnewstoday.com/its-to-the-federal-court-a…/…

Oleh itu, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Tun Dr Mahathir untuk memuaskan hati beliau mengenai keabsahan perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah dengan mencabarnya di mahkamah seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Musa Aman.

Begitupun, berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai penggunaan kuasa budi bicara dan berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan mengenai cabaran itu hanya bersifat akademik dan tidak akan mengubah apa-apa, adalah diyakini Tun Dr Mahathir akan gagal.

Apa pun, eloklah Tun Dr Mahathir segera mengemukakan cabaran di mahkamah supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan muktamad dan tidak lagi boleh dipolitikkan sehingga membuang terlalu banyak masa kerajaan dan rakyat untuk membuat kerja-kerja mereka.

Sudah pening teruk nampaknya Tun Dr Mahathir dan penasihat beliau ini.

Penjelasan Tun Dr Mahathir ini boleh ditonton di sini:
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/287259008957485/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo