NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan negeri pertama guna telaga jejari



KOTA BHARU - Kelantan merupakan negeri pertama yang menggunakan telaga jejari bagi menyelesaikan isu air yang berlaku di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam sekitar, Datuk Mejar Md Anizam Abd Rahman berkata, kaedah yang menggunakan teknologi Jerman itu dapat mengatasi masalah kekeruhan air, selain penggunaan elektrik yang rendah dan menjimatkan kos operasi.

 “Walaupun Kerajaan Negeri menerima pelbagai kecaman daripada pusat terhadap perkhidmatan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang didakwa tidak dapat menyelesaikan masalah air di negeri ini, namun dengan adanya kaedah telaga itu ia ternyata mampu menyelesaikan masalah air di beberapa kawasan setempat termasuk di Merbau Condong, Machang dan di Jeli.

“Inilah usaha pihak Kerajaan Kelantan untuk membantu selagi terdaya bagi memberikan perkhidmatan bekalan air yang terbaik untuk rakyat di negeri ini,’ katanya ketika berucap pada majlis Hari Air Kelantan (AKSB) di Pasar Kok Lanas, di sini semalam.

Program yang dilancarkan di Kok Lanas akan terus menjelajah 14 jajahan dari masa ke semasa bagi mendekatkan pelanggan dan memberikan informasi berguna mengenai fungsi AKSB.

Dalam perkembangan isu terbabit, beliau berharap sokongan rakyat tidak akan luntur terhadap PAS yang dipimpin di bawah pemerintahan 'Tok Guru' (Nik Aziz).

Sebelum ini, kerja-kerja pembinaan telaga itu di Jeli dilaksanakan pada 2010 dan sehingga kini berjaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air kepada penduduk Projek perintis tersebut, kini menjadi tumpuan operator pengurusan air dari negeri-negeri lain bagi melihat sendiri kejayaan telaga jejari di Kelantan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo