LANGKAWI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dan Ayer Hangat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam ini mengesahkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta memberi sokongan kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.
Bercakap kepada BERNAMA, ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat, berkata keputusan itu dibuat supaya sealiran dengan kepimpinan BERSATU peringkat Kerajaan Persekutuan.
"Keputusan ini juga dibuat supaya kami di peringkat negeri sealiran dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri. Jadi kami di peringkat negeri mahu ikut kepemimpinan peringkat persekutuan," katanya.
Juhari yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, keputusan beliau juga mendapat sokongan di peringkat akar umbi DUN Ayer Hangat.
"Saya dah minta pendapat ahli pada peringkat akar umbi. Mereka setuju dengan keputusan yang diambil. Kami ada bot baharu yang 'mai'. Jadi kami ambil keputusan untuk naik bot itu," katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, Mohd Firdaus ketika menjelaskan keputusannya menegaskan, tidak timbul soal lompat parti berikutan keputusannya itu, sebaliknya beliau kekal bersama BERSATU mengikut kepemimpinan di peringkat pusat.
"Janganlah keliru atau terpedaya kata kami empat wakil rakyat BERSATU keluar parti atau lompat parti. Kami masih lagi di dalam parti BERSATU. Cuma kami ikut hala tuju dan arahan parti serta presiden parti sekarang ni," katanya.
Seramai 19 daripada 36 ADUN Kedah hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mukhriz.
Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari tadi, iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam). – BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pengerusi Konvensyen Melayu 153, Tan Sri Nor Omar berpandangan Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda bagi menetapkan jawatan...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment